Selepas kerjaya lakonan Aini Jasmin

Pada tahun 1973, kerancakan filem Melayu Singapura mula padam. Beliau yang semakin lanjut usia, sukar untuk meneruskan kehidupan dan banyak menghabiskan hidupnya bersama anaknya, Suriati Bakar, di sebuah bilik yang terletak di Aljunied Crescent. Kesihatan beliau semakin menurun apabila disahkan menghidap penyakit kencing manis. Aini Jasmin menghabiskan sisa-sisa hidup beliau dengan hanya bergantung kepada wang bantuan jabatan kebajikan masyarakat yang berjumlah S$80 sebulan yang gunakan untuk membayar sewa bilik dan perbelanjaan sekolah anaknya.[1]

Untuk menambahkan pendapatan, Annie Jasmin bersama anaknya mengambil upah mencuci pakaian di rumah-rumah orang.[1]

Annie Jasmin dilaporkan meninggal dunia pada 29 Jun 1988, kira-kira 7:40 pagi di Blok 109, Aljunied Crescent.[1] Menurut anaknya, beliau dibawa pulang sehari sebelumnya setelah sebulan dirawat di Hospital Besar Singapura akibat tercedera kerana terkena air panas.[1] Beliau kemudiannya dikebumikan di Pusara Aman, Singapura.